Kos Haji | Tabung Haji disaran teruskan beri subsidi

  • 2 tahun lalu
Sementara itu, pelbagai reaksi diberikan umat Islam berhubung peningkatan kos haji.
Kalangan orang ramai yang ditemui oleh wakil kami di Kedah dan Terengganu merayu agar kerajaan meneruskan kadar subsidi kepada jemaah Haji.

Ia bagi membolehkan golongan kurang berkemampuan menunaikan Rukun Islam kelima itu berikutan kos menunaikan ibadah Haji yang dilaporkan meningkat.

Pada masa sama, mereka mencadangkan orang ramai agar membuat simpanan untuk menunaikan Haji pada usia yang muda.

Disyorkan