Hari Al-Azhar | Dasar Al-Wasatiyyah seiring Keluarga Malaysia

  • 2 tahun lalu
Konsep Al-Wasatiyyah atau kesederhanaan yang didukung Universiti Al-Azhar, terbukti berjaya mendepani cabaran pemikiran ekstremism dan keganasan yang boleh meruntuhkan negara dan merugikan umat Islam.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, konsep itu selari dengan konsep Keluarga Malaysia, yang bersifat inklusif dan merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum.