Protes di majlis konvo UM: Bekas presiden Umany diarah bela diri
  • 2 years ago
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah mengarahkan bekas presiden Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (Umany), Wong Yan Ke membela diri berhubung bantahannya terhadap bekas naib canselor Universiti Malaya, Abdul Rahim Hashim.

Wong yang merupakan pelajar jurusan kejuruteraan pada ketika itu melaungkan “Tolak rasis. Undur VC” sambil memegang plakad sewaktu upacara penyampaian skrol ijazahnya.

Menurut Wong, sebahagian daripada bantahan itu adalah mengenai ucapan Rahim yang berbaur perkauman sewaktu Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober 2020.