'Saya cuti sakit' - MP Miri jelas rekod kehadiran buruk di parlimen
  • 2 years ago
Ahli Parlimen Miri dari PKR, Michael Teo Yu Keng yang merekodkan kehadiran paling rendah di parlimen menjelaskan dia mengambil cuti sakit sejak tahun lepas.

Teo mencatatkan kehadiran paling rendah dalam kalangan 220 ahli parlimen, iaitu hanya hadir selama 13 hari daripada 71 hari parlimen bersidang.