Kumpulan peminat kereta di Dataran Merdeka 'berkonvoi' ke balai polis
  • 2 tahun lalu
BERITA SEMASA 3 APRIL 2022

Keseronokan sekumpulan peminat kereta bertemu dan berkumpul di sekitar ibu negara terbantut selepas kenderaan mereka disita dalam operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Jalan Raja Laut, berhampiran Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil.

Tinjauan Sinar Harian sekitar jam 1 pagi mendapati, kawasan sekitar Dataran Merdeka di sini, dipenuhi ahli kumpulan peminat kereta, pengunjung awam dan penjaja jalanan yang sudah dibenarkan beroperasi semula sehingga awal pagi.

Tidak menyedari tindak tanduk mereka sedang diperhatikan, segelintir peminat kereta terbabit memandu di sekitar ibu negara sambil menekan pendikit minyak secara semborono dan membuat bising.

Bagaimanapun, keseronokan mereka tidak lama apabila sekitar jam 2 pagi, sepasukan polis dari JSPT Kuala mula menutup jalan di sekitar Dataran Merdeka dan Jalan Raja Laut.

Baca artikel penuh DI SINI https://bit.ly/3wWeacJ

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian