PRU-15 | Pertemuan dengan Tun M untuk rintis kerjasama - Muhyiddin

  • 2 tahun lalu
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pertemuannya dengan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara inisiatif untuk merintis hubungan kerjasama dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Katanya, inisiatif itu adalah langkah awal untuk mendapatkan pandangan pimpinan utama parti politik selain Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan pertembungan banyak penjuru dalam PRU-15, namun tiada keputusan muktamad yang dibuat setakat ini.

Disyorkan