Rampasan | Lima ditahan, 13 jenis mercun dan bunga api dirampas

  • 2 tahun lalu
Menjadikan rumah sebagai stor menyimpan mercun dan bunga api sebelum dijual sempena musim perayaan.
Lima lelaki ditahan dalam serbuan di rumah tidak bernombor di Kampung Termenung, Tuaran pada Selasa.
Dalam serbuan jam 9.50 malam itu, sebanyak 13 jenis mercun dan bunga api yang dianggarkan bernilai RM5,000 berdasarkan harga pasaran semasa itu turut dirampas.