Perkasa SPRM | PH komited perkukuh SPRM

  • 2 tahun lalu
Fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diperkukuhkan sebagaimana yang pernah beliau sendiri cadangkan pada 1997, tegas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau telah mengemukakan cadangan itu selepas melihat kadar keberkesanan Hong Kong yang berjaya menubuhkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah yang disegani dunia.
Dalam akhbar Sinar Harian hari ini, Anwar dipetik sebagai berkata, lantaran cadangan itu, beliau terus ditekan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.