PKP di Kedah | Solat tarawih dan solat sunat Aidilfitri di zon merah tidak dibenarkan
  • 2 tahun lalu
Semua aktiviti khas sepanjang Ramadan, termasuk solat sunat tarawih, majlis berbuka puasa, moreh dan sahur di kesemua masjid dan surau di kawasan zon merah yang berada di lima daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan di Kedah, tidak dibenarkan bermula hari ini.
Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Mohd Yusri Md Daud, larangan berkenaan juga turut melibatkan solat sunat Aidilfitri, aktiviti sosial dan kemasyarakatan di masjid serta surau seperti jamuan, kenduri, dan gotong royong.
Disyorkan