Rasuah | Tuntutan palsu RM1.3 juta, pengarah syarikat swasta direman

  • 2 tahun lalu
Seorang pengarah urusan syarikat swasta direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes pemalsuan tuntutan berjumlah RM1.3 juta.

Majistret Zubaidah Sharkawi membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap suspek berusia 52 tahun di Mahkamah Kuching pada Khamis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.