Bazar Ramadan | Peniaga lega, Bazar Ramadan dibenar operasi semula
  • 2 tahun lalu
Selama dua hari buntu memikirkan untung nasib, peniaga di Bazar Tok Adis, Kuala Ibai, Terengganu, akhirnya menarik nafas lega selepas dibenarkan beroperasi semula bermula Isnin dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard, SOP yang ketat.
Peniaga yang ditemui berkata, walaupun dua hari ditutup, ia memberi kesan yang besar kepada mereka, lebih-lebih lagi baru sahaja memulakan operasi perniagaan di bulan Ramadan.