Sukan Bola Jaring | Cedera lutut kiri, ini nasib pemain Johor Jewels
  • 2 tahun lalu
Netball Super League (NSL) 2021 sudah melabuhkan tirai dengan penuh aksi dan emosi.
Namun lain pula cerita buat pemain Johor Jewels, Azilah Aziz apabila keputusan MRI yang diterima tidak menyebelahinya.
Kecederaan lutut kiri yang dialami pada perlawanan pertama menentang Selangor Angels bukan sahaja terpaksa membuatkan pemain di posisi goal defender itu berehat ketika NSL berlangsung, malah terpaksa gantung kasut sepanjang tahun ini.
Disyorkan