Sukan Berasas Kaum | Pengetua SMK Dato’ Bentara Luar mohon maaf

  • 2 tahun lalu
Sebuah sekolah di Batu Pahat yang mengkategorkan kegiatan kokurikulum berasaskan kaum dan jantina, tampil memohon maaf. Surat permohonan maaf itu dikongsikan di laman sosial Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Dalam surat terbabit Pengetua SMK Dato’ Bentara Luar, Abdul Razak Hamid berkata, pihaknya mengakui terlepas pandang mengenai isu perkauman dalam maklumat yang diedarkan kepada semua pelajar tingkatan satu berhubung pendaftaran dan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum.