Hari Hutan Sedunia | AS100 juta dijangka dibawa masuk melalui MFF
  • 2 tahun lalu
Malaysia Forest Fund (MFF) dijangka membawa masuk dana sebanyak 100 juta dolar Amerika dalam tempoh tujuh tahun akan datang untuk menguruskan sektor perhutanan negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dana tersebut akan disalurkan kepada kerajaan negeri khusus untuk usaha-usaha konservasi termasuk perhutanan sosial yang akan dapat meningkatkan taraf sosioekonomi Orang Asli dan komuniti setempat.

Perdana Menteri berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Dasar Perhutanan Malaysia sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2021.