Vaksin COVID-19 | PM yakin vaksin COVID-19 selamat, berkesan
  • 2 tahun lalu
"Tidak rasa pun, macam cucuk biasa," itu yang diakui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas menjadi individu pertama disuntik vaksin COVID-19 di negara ini. Bercakap kepada media selepas disuntik vaksin itu, Muhyiddin menzahirkan rasa syukur selain yakin bahawa vaksin tersebut cukup selamat dan berkesan. Beliau turut menyeru rakyat Malaysia mendaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk segera mendapatkan vaksin tersebut.
Disyorkan