SOP PKP | Latihan bola sepak dibenarkan, tetapi tanpa sentuhan

  • 2 tahun lalu
Kerajaan bersetuju membenarkan aktiviti latihan sukan bola sepak, tetapi ia harus dibuat tanpa bersentuhan.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Belia dan Sukan turut memaklumkan aktiviti yang dibenarkan ialah aktiviti kemahiran kendiri sukan berpasukan seperti bola keranjang, hoki dan sepak takraw tanpa melibatkan sentuhan fizikal.

Aktiviti sukan bola sepak, bola keranjang, hoki dan sepak takraw dibenarkan hanya dilakukan secara latihan kemahiran kendiri (tanpa aktiviti bersentuhan).

Disyorkan