Kerajaan perlu adakan sesi dialog dengan Persatuan Pengusaha Restoran - Muhammad Hisham

  • 2 tahun lalu
Malaysia Food and Beverage Executives Association mencadangkan kerajaan mengadakan sesi dialog dengan Persatuan Pengusaha Restoransusulan kebenaran makan di premis perniagaan hari ini.

Presidennya, Muhammad Hisham Tan Abdullah berkata, langkah itu bagi mendengar pandangan pengusaha pelbagai kategori restoran yang mempunyai keperluan SOP yang berbeza-beza.