Visa khas: UK buka visa khas untuk penduduk Hong Kong
  • 2 tahun lalu
Penduduk Hong Kong boleh memohon visa baharu yang menawarkan mereka peluang menjadi warganegara Britain mulai Ahad selepas Beijing mengenakan undang-undang keselamatan nasional di Pusat Kewangan Asia itu tahun lalu.

Langkah itu dibuat kerana China dan Hong Kong tidak akan lagi menerima pasport British National Overseas (BNO) sebagai dokumen perjalanan yang sah mulai Ahad, 31 Januari.