Gajah Liar | Pekebun kerugian lebih RM150 ribu

  • 2 tahun lalu
19 pekebun di Kampung Pelong, Setiu kerugian lebih 150 ribu ringgit selepas tanaman mereka dirosakkan sekumpulan gajah liar.
Serangan haiwan berkenaan sejak seminggu yang lalu menyebabkan tanaman kelapa sawit, kelapa, pisang dan tebu musnah.
Gajah liar itu dipercayai memasuki perkampungan itu dari Hutan Simpan Hulu Pelong berikutan pagar elektrik yang sedang dibaik pulih.