Permit perjalanan | Hanya wakil syarikat perlu hadir ke balai polis

  • 2 tahun lalu
Hanya seorang sahaja wakil syarikat atau majikan yang perlu hadir ke balai polis di bahagian Sibu untuk membuat permohonan permit perjalanan kerja. Malah mereka yang mewakili syarikat itu juga perlu membawa dokumen dan butiran pekerja yang memohon permit berkenaan.

Gesaan itu dibuat Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit selepas bimbang akan situasi di balai-balai polis di bahagian berkenaan dikerumuni orang awam yang mahu memohon permit.

Disyorkan