PKP 2.0 | Rentas negeri, 50 kenderaan diarah patah balik

  • 2 tahun lalu
Sebanyak 50 kenderaan diarah berpatah balik selepas cuba memasuki Pulau Pinang melalui seberang perai utara tanpa memiliki permit rentas negeri yang sah. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata kesemua kenderaan berkenaan diarah berpatah balik ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di kawasan susur masuk Tol Bertam dan Jambatan Merdeka.