Krismas: Sambutan di Perkampungan Portugis tetap meriah

  • 2 tahun lalu
Di Melaka pula, bahang sambutan Hari Natal di Perkampungan Portugis tetap dirasai meskipun pertama kali disambut dalam norma baharu ekoran pandemik COVID-19.
Tinjauan Astro AWANI di perkampungan berkenaan mendapati, tradisi menghias rumah dengan memasang lampu pelbagai bentuk yang mula diamalkan sejak 30 tahun lalu sehingga berjaya menarik ribuan pengunjung saban tahun, masih dikekalkan.