Seorang lagi pesakit rabies meninggal dunia

  • 2 tahun lalu
Satu lagi tambahan kes rabies di laporkan berlaku di Sarawak, yang menjadikan jumlah pesakit meningkat pada tahun ini kepada sembilan mangsa. Kes membabitkan seorang wanita berumur 53 tahun dari Selangau, Sibu yang dimasukkan ke wad di Hospital Sibu pada 8 Disember dan akhirnya meninggal dunia selepas tujuh hari.