Semua pelajar antarabangsa dibenarkan kembali ke kampus universiti kecuali dari UK
  • 2 tahun lalu
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelajar-pelajar terlibat adalah pelajar lama dan baharu, telah memiliki kediaman serta mematuhi SOP biasa iaitu menjalankan ujian saringan tiga hari sebelum dan di pintu masuk negara.

Kata beliau, pengumuman lanjut mengenai perkara itu akan dimaklumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi