AWANI Ringkas: Tun M hadir di Masjid Ar Rahah | Paras air di Teluk Kalong naik mendadak

  • 2 tahun lalu
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr Siti Hasmad Mohamad Ali tiba di Masjid Ar Rahah di Kampung Kerinchi bagi menzahirkan penghormatan terakhir buat Allahyarham Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah.
Paras air yang naik secara mendadak akibat hujan lebat berterusan menyebabkan penduduk Teluk Kalong, Kemaman terpaksa berpindah sehelai sepinggang selepas rumah mereka dinaiki air sedalam 0.5 meter.
Ketika ini lebih 300 mangsa dari kawasan perumahan itu termasuk bayi yang berusia 20 hari dipindahkan ke Universiti Kolej Tati (TATIUC).

Disyorkan