Langkah efektif dan selamat dalam agihan bekalan vaksin

  • 2 tahun lalu
Perkembangan vaksin COVID-19. Jika dilihat, pembangun vaksin di seluruh dunia kini mula mengedarkan produk mereka ke beberapa negara.
United Kingdom memulakan pelancaran program vaksinasi secara besar besaran terhadap rakyatnya.
Begitu juga dengan negara jiran, Singapura yang menjadi negara pertama di rantau Asia meluluskan penggunaan Pfizer BioNtech dan akan mula diberikan menjelang akhir tahun ini.
Namun di Malaysia masih lagi di peringkat penilaian sebelum mendapatkan kelulusan penggunaannya.
Pada akhirnya, matlamat utama adalah keselamatan dan keberkesanan vaksin.
Namun perlu juga difikirkan bagaimana proses agihan ini dapat dibuat dengan efektif dan selamat.
Itu kita akan bincangkan bersama Prof Dr Zamberi Sekawi, Pakar Perunding Mikrobiologi Perubatan, Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM)

Disyorkan