Penerbangan ihsan TUDM dalam misi selamatkan 3 bayi

  • 2 tahun lalu
Tiga bayi yang perlu menjalani prosedur pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN dari Sabah diterbangkan menerusi penerbangan ihsan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia TUDM pada Jumaat.
Alvanneo Franruvis 17 hari mengalami masalah saluran darah pada jantung, Oddey Chin Kian Sin 18 hari dan Mohamad Afif Hakim Afifi Wahyudi berusia 21 hari mengalami masalah jantung berlubang sebelum ini dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah.