KDN rangka pelan strategik perkasa kawalan keselamatan sempadan

  • 2 tahun lalu
Kementerian Dalam Negeri sedang merangka pelan strategik secara holistik bagi memperkasakan kawalan keselamatan sempadan negara dengan melibatkan perolehan aset dan fasiliti moden dan terkini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya turut berpandangan aspek kesiapsiagaan dan keupayaan anggota keselamatan yang bertugas di sempadan harus diperkasakan.

Menurut beliau, perkara itu dapat direalisasikan menerusi hasil latihan dan kerjasama strategik bersama-sama agensi dalam dan luar negara.