Batal peruntukan untuk JASA, lanjut moratorium antara tuntutan Amanah

  • 2 tahun lalu
Membatalkan peruntukan 85 juta ringgit kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan melanjutkan moratorium serta membenarkan pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP merupakan antara tuntutan utama Parti Amanah Negara.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menjelaskan sekiranya Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz bersetuju dengan tuntutan itu, Amanah dan Pakatan Harapan akan segera berbincang untuk menyokong atau tidak Belanjawan 2021.

Disyorkan