Niaga AWANI: Masa depan pasaran dan tenaga kerja di Malaysia yang lebih mapan

  • 2 tahun lalu
Belanjawan 2021 turut merangkumi majlis pekerjaan negara yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri untuk menyelaras pelbagai inisiatif merentas kementerian dan agensi dalam mencipta peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran dan latihan pekerja.
Inisiatif lain termasuk program peningkatan kemahiran dan latihan semula yang akan dilaksanakan dengan tumpuan kepada kebolehpasaran pekerja dan padanan pekerjaan, mystep atau short-term employment programme dengan peruntukan lebih RM700 juta.
Adakah program ini bersesuaian dengan keperluan semasa, dan bagaimanakah penyelesaian jangka panjang untuk wujudkan tenaga kerja dan pekerjaan yang mapan?
Kita bersama Prof Madya Dr Yusof Saari, Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan Perkeso

Disyorkan