Memahami sistem bekalan air dan penyelesaian gangguan bekalan
  • 2 tahun lalu
Bermula September, kini memasuki Novermber, setiap bulan ada sahaja isu gangguan air melibatkan negeri-negeri di Lembah Klang.
Isu ini sudah seperti biasa dan rakyat pun muak dengan situasi ini.
Semestinya satu tindakan yang tuntas perlu disegerakan yang meliputi kepada sistem serta penguatkuasaan bagi memastikan kelestarian bekalan air.
Untuk mengupas mengenai isu ini, kita bersama Pakar Sistem Air dan Penolong Setiausaha Kehormat, Sahabat Sungai Malaysia, Mansor Abd Ghani di talian ketika ini.