Isu JASA masih boleh dibahaskan di Dewan Rakyat - Takiyuddin

  • 2 tahun lalu
Isu menghidupkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) serta Belanjawan 2021 masih bebas untuk dibahaskan oleh pembangkang mahupun kerajaan pada persidangan Dewan Rakyat sehingga 15 Disember depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, lapan hari telah diperuntukkan untuk ahli-ahli Parlimen membahaskan intipati Belanjawan 2021 di peringkat dasar, manakala 11 hari lagi untuk perbahasan di peringkat jawatankuasa.

Disyorkan