Sarawak beri pajakan perlombongan daratan kepada PETROS

  • 2 tahun lalu
Kerajaan Sarawak mengeluarkan pajakan perlombongan kepada Petroleum Sarawak Bhd (PETROS), untuk menjalankan perlombongan minyak dan gas di kawasan darat negeri itu.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pajakan itu melibatkan dua blok iaitu masing-masing di Adong Kecil Barat di Miri dan Blok Engkabang di Marudi.