Hikmah video viral tak dapat main ML, adik Aqil Nahar kini seronok jadi pelakon
  • 2 tahun lalu
PERNAH tular gara-gara video merungut kakak tidak membenarkan bermain permainan video Mobile Legends, kanak-kanak bernama Aqil Nahar kini bergelar pelakon.

Ujar Aqil, 13, semuanya bermula selepas video yang dimuat naik kakaknya di media sosial menjadi viral sehingga dipanggil temuramah sebuah rancangan TV.

“Waktu interview di Motif Viral saya ada cakap nak jadi pelakon, mungkin ada pihak tertentu mendengar hasrat saya itu.

“Alhamdulillah, saya sebenarnya tak jangka sebab masa kecil dulu pernah cakap dekat mak ayah nak jadi pelakon... sekarang dah jadi pelakon dan selepas ini nak jadi pengarah,” ujarnya kepada mStar.

Aqil menjadi sensasi di internet selepas kakaknya memuat naik video di Twitter dan Facebook sekitar tahun 2018.
Disyorkan