Protes di Jakarta bantah undang-undang Omnibus

  • 2 tahun lalu
Demonstrasi membantah undang-undang berkaitan tenaga kerja sekali lagi berlangsung di Jakarta ketika ibu kota Indonesia itu masih mencatatkan jumlah kes positif harian COVID-19 melebihi 1,000 kes.
Wilayah Jakarta masih mencatatkan kes positif COVID-19 keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 89,228 kes, tambahan 1,054 kes baharu dalam tempoh 24 jam.