PRN Sabah: Salleh Tun Said akui khilaf mahu sertai PKR

  • 2 tahun lalu
Nama Datuk Seri Salleh Tun Said menggegarkan kembali arena politik Sabah apabila dicalonkan mewakili Barisan Nasional (BN) untuk kerusi DUN Usukan.
Kepada Astro Awani, Bekas Ketua Menteri Sabah itu menjelaskan, ini merupakan satu tugas dan amanah yang perlu dipikul sebaiknya selain memastikan BN menang di DUN tersebut.
Salleh juga mengakui kekhilafan beliau ketika mahu meninggalkan UMNO dan BN serta menyertai parti Keadilan Rakyat (PKR) pada oktober 2019.

Disyorkan