PRN Sabah: PKPP tidak halang anak muda pulang mengundi

  • 2 tahun lalu
Pilihan Raya Sabah kali ini agak mencabar, memandangkan ia berlangsung dalam suasana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ekoran penularan COVID-19 di seluruh negara.
Lebih memburukkan keadaan, di negeri bawah Bayu itu sahaja ada empat kluster yang masih aktif iaitu Benteng LD, Pulau, Laut, dan Selamat, dengan jumlah kes yang dicatat sebanyak 490 kes.
Namun itu langsung tidak mematahkan semangat sekumpulan anak muda - dikenali sebagai pulang mengundi Sabah untuk membawa golongan muda Sabah, balik ke negeri itu untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Disyorkan