Polis tahan dua pemandu cuba edar 1,000 pil kuda

  • 2 tahun lalu
Tindakan seorang wanita dan lelaki memecut kereta yang dinaikinya dari ditahan pihak polis membongkar penemuan kira-kira seribu biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM20 ribu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata terdahulu pihaknya telah menerima maklumat berhubung kes penjualan dadah yang berlaku di kawasan Kerteh.