Shinzo Abe letak jawatan
  • 2 tahun lalu
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengumumkan peletakan jawatan disebabkan masalah kesihatan yang sedang dihadapinya.
Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat itu berkata demikian dalam satu sidang media di pejabatnya pada Jumaat.
Kata Abe, beliau perlu menjalani rawatan jangkitan usus yang dihidapinya, penyakit yang menyebabkannya berundur buat seketika pada 2007.