Isteri, anak-anak Abdul Azeez pegang jawatan dalam 4 syarikat - Saksi

  • 2 tahun lalu
Isteri dan anak-anak bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim merupakan pemegang saham dan pengarah dalam empat syarikat yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu perkara itu pada hari pertama perbicaraan kes Abdul Azeez, 53 tahun, yang didakwa atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah, serta sembilan pertuduhan pengubahan wang haram bernilai hampir RM140 juta.

Disyorkan