Acryl Sani Timbalan Ketua Polis Negara baharu
  • 2 tahun lalu
Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik secara rasmi sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu, berkuat kuasa Jumaat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pelantikan itu telah mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.