Hishammuddin mohon maaf, mengaku hisap 'vape' dalam Dewan Rakyat

  • 2 tahun lalu
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka selepas tindakannya menghisap rokok elektronik (vape) dalam Dewan Rakyat dirakamkan. Permohonan maaf itu dikemukakan Menteri Luar tersebut menerusi akaun Twitter miliknya dengan membalas hantaran yang dibuat oleh seorang pengguna media sosial itu yang dikenali sebagai Mhd Shamin.

Disyorkan