Najib Tun Razak tarik balik rayuan berhubung senarai, kenyataan saksi

  • 2 tahun lalu
Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya bagi dibekalkan senarai saksi yang ditemu bual Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kenyataan saksi-saksi semasa siasatan dalam kes SRC International Sdn Bhd.
Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan .. Datuk Seri Kamaludin Md Said, P. Ravinthran dan Datuk Nordin Hassan, dengan itu membatalkan rayuan itu.

Disyorkan