Kolej Matrikulasi dan IPG dibuka semula Ogos dan September ini

  • 2 tahun lalu
Kolej Matrikulasi serta Institut Pendidikan Guru akan dibuka semula mulai Ogos dan September depan.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan PKP telah meneliti dan bersetuju dengan pembentangan Kementerian Pendidikan Malaysia.