PGA tahan 12 pati cuba masuk melalui Bukit Kayu Hitam

  • 2 tahun lalu
Cubaan 12 orang pendatang tanpa izin (PATI) warga Myanmar menyusup masuk ke negara ini secara haram melalui kawasan sempadan Malaysia-Thailand gagal apabila mereka ditahan pada Jumaat.
Lebih 10 lelaki dan dua wanita berusia antara 18 hingga 48 tahun itu berjaya ditahan oleh anggota Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Perak yang melakukan rondaan 'Op Benteng COVID'.