Penularan penubuhan parti baharu hanya khabar angin untuk provokasi

  • 2 tahun lalu
Dakwaan bakal wujudnya satu parti baharu, parti reformasi bersatu negara seperti yang tular dalam media sosial hanyalah tindakan provokasi dan berniat untuk menggugat kestabilan Perikatan Nasional (PN).
Perkara itu dijelaskan Timbalan Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Kedah, Dr Robert Ling Kui Ee.
Menurut Robert, beliau dan beberapa bekas pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kedah yang bertindak keluar daripada parti awal Mei lalu masih tidak bercadang menubuhkan parti baharu dalam masa terdekat.

Disyorkan