Satu lagi sindiket palsu keputusan ujian saringan COVID-19 tumpas

  • 2 tahun lalu
Polis menumpaskan satu lagi sindiket pemalsuan keputusan ujian saringan COVID19 dengan penahanan empat lelaki di Shah Alam Selangor.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata kegiatan sindiket yang dipercayai aktif sejak dua bulan lalu terbongkar selepas pihaknya menahan seorang pemandu teksi yang bertindak mencari pelanggan.