Kanak-kanak 11 tahun terjatuh di sungai ditemukan lemas

  • 2 tahun lalu
Seorang kanak-kanak lelaki yang hilang selepas dihanyutkan arus deras sungai bakau di Rawang ditemukan lemas, pada Ahad.
Menurut Ketua Bomba Daerah Gombak, Samsol Maarif Saibani, mangsa Muhd Suhail Fadzli, 11 tahun, ditemui oleh orang awam pada jam 8 pagi kira-kira lima kilometer dari tempat mangsa terjatuh.