SOP mengundi di PRK Dun Chini diteliti

  • 2 tahun lalu
Kementerian Kesihatan bersama pelbagai agensi akan meneliti prosedur operasi standard susulan Suruhanjaya Pilihan Raya membenarkan pengundi yang dijangkiti COVID-19 mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dun Chini 4 Julai ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebenaran tersebut tertakluk kepada jumlah kes COVID-19 dan bilangan pesakit yang dimasukkan ke wad.