NORMAL BAHARU: PKPP beri nafas lega buat pengusaha perancang perkahwinan

  • 2 tahun lalu
Kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan bermula 10 Jun ini, sedikit sebanyak memberi nafas lega kepada pengusaha perancang perkahwinan setelah hampir tiga bulan menutup operasi.
Di Johor, walaupun hanya akad nikah sahaja dibenarkan dilakukan di Pejabat Kadi Daerah sahaja, pemilik Izan Yaacob Bridal, Sahizan Yaacob mengambil pendekatan menyediakan pelamin mini bagi memastikan aliran ekonomi berjalan untuk membayar gaji 15 pekerjanya.